Ahad, 23 Jun 2013

CUEPACS syor bonus lebih sebulan setengah

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.


“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid.

Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan.

Rabu, 19 Jun 2013

GAJI PENJAWAT AWAM NAIK BERMULA 1 JULAI 2013

Kenaikan satu tangga antara RM80 hingga RM320


Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.

Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini.

Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.

Pegawai dipinjam layak


Turut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

Turut tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
Menurut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013.

Kemuka permohonan


Ketua jabatan perlu mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada Bahagian Saraan sekiranya pemberian pemindahan gaji itu tidak dapat ditampung oleh amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM).

Untuk urusan kenaikan pangkat pula, pertukaran pelantikan atau pelantikan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian gaji ini boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, awal tahun ini.

Beliau dilaporkan berkata, kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

Kenaikan gaji itu membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1.5 bilion.


Isnin, 18 Februari 2013

PENCEROBOHAN ASKAR SULTAN SULU DI LAHAD DATU, SABAH...





Pencerobohan warga asing Filiphina yang dipercayai Anggota Tentera  Kesultanan Sulu... Pada masa ini terdapat lebih kurang 23 pengamal media masih berkampung di Felda Sahabat Lahad Datu bagi mengikuti perkembangan yang mungkin akan berlaku.Diharapkan kejadian ini berakhirnya dengan kesudahan yang baik dan tidak melibatkan sebarang pertumpahan darah...
Saya yakin dan percaya bahawa Anggota polis & Tentera Malaysia mampu menangani kejadian ini...
 

Ahad, 17 Februari 2013

BR1M UNTUK REMAJA MUNGKIN NAIK RM250




Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 3.0 ke 4.0  untuk golongan remaja mungkin  akan dinaikkan daripada RM250 ke RM 500 jika barisan Nasional diberi mandat mentadbir negara pada PRU akan datang...

DIVIDEN KWSP PALING TINGGI DALAM SEDEKAD - 6.15%







Sabtu, 16 Februari 2013

METEOR FALLS IN RUSSIA


A METEOR STREAKED ACROSS THE SKY ABOVE RUSSIA'S URAL MOUNTAINS ON FRIDAY MORNING. 

400 INJURED BY BLASTS AS METEOR....FALLS IN RUSSIA




Khamis, 14 Februari 2013

AMARAN MAKAN MAKANAN LAUT


Dinasihatkan orang ramai supaya mematuhi peringatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dan Jabatan Perikanan Sabah mengenai larangan mengutip, memakan hidupan laut dan menjual kerang sejak Disember 2012. Dijangka Fenomena Air Merah Beracun (RED TIDE) berakhir JULAI 2013.